Kelas Asas Microsoft Word Siri 2/ 2020

28 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Februari 2020 telah diadakan Kelas Intensif ICT (Microsoft Word) yang merupakan kesinambungan dari kelas-kelas yang telah dijalankan sebelum ini dimana para peserta diberikan tugasan dan latihan bagi menilai tahap penguasaan para pelajar.

Tujuan Kelas Intensif ICT ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman para pelajar berkaitan penggunaan ICT pada tahap yang maksimum. Program Bengkel Smart ICT ini diadakan juga sebagai melaksanakan khidmat kepada komuniti setempat dengan memberi dan menyediakan kemudahan ICT secara percuma.
Pada sesi kali ini, para pelajar telah diajar cara-cara untuk membuat muka hadapan bagi sebuah folio atau kerja kursus. Oleh yang demikian, kelas ini juga dapat memberikan mereka persediaan untuk membuat folio atau kerja kursus pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas